NOVEL


Panduan Menjawab Soalan Novel :

1. Ikut arahan soalan sama ada mana-mana novel yang anda kaji atau novel yang dinyatakan seperti novel tingkatan 1, 2 dan 3.
2. Jawapan mestilah dalam bentuk esei bukannya poin-poin isi.
3. Jawapan sebaik-baiknya dalam bentuk perenggan. Satu isi untuk satu perenggan.
4. Setiap isi mestilah ada ayat isi dan ayat huraian. (Seboleh-bolehnya dua ayat).
5. Ayat isi mestilah bersifat umum. Guna sebahagian soalan untuk memulakan isi.
6. Ayat huraian mestilah khusus iaitu mengandungi watak dan peristiwa.
Nama watak salah tetapi contoh pristiwa betul. (0m)
Contoh peristiwa salah tetapi nama watak betul.(0m)

Wajaran markah :

Isi : 6 markah : 3 isi x 2 (isi -1m dan huraian -1m)
Bahasa : 4 markah ; biasanya markah ditolak jika terdapat kesalahan.

Ingat markah hanyalah 10 markah : Peruntukan masa yang perlu diperuntukkan ialah 10 minit sahaja

Huraikan tema dan persoalan yang diperoleh daripada novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud.

Tema novel ini ialah kegigihan seorang anak yatim dalam mengejar cita-citanya Hal ini dapat dibuktikan melalui iaitu seorang anak yatim yang bernama Budiman bin Budin berusaha bersungguh-sungguh belajar dan berlatih menggesek biola untuk menjadi juara Bintang Muzik Kota Raya.

Persoalan novel ini ialah penyelewengan pemegang amanah. Dalam novel ini, Pak Mat Tukang Masak menjual biola Bayu Senja yang diamanahkan kepadanya.

Selain itu, persoalan novel ini ialah semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Budiman, Chong dan Chandra bersahabat baik di Rumah Bonda dipaparkan dalam novel ini.

Seterusnya, persoalan novel ini ialah kasih sayang kepada anak yatim. Pak Jais menyayangi anak-anak yatim di bawah jagaannya di Rumah Bonda.

Nyatakan watak utama dan huraikan tiga perwatakannya.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Watak utama novel ini ialah Budiman bin Budin.

Perwatakan Budiman ialah seorang yang berdikari. Hal ini dibuktikan Budiman bekerja sebagai jurupam di stesyen minyak.
Perwatakan Budiman juga ialah berani. Keberaniannya dapat dibuktikan semasa beliau menyiasat penyelewangan Pak Mat di Rumah Bonda dan tidak takut dengan ugutannya.

Selain itu, perwatakan Budiman ialah gigih. Antara kegigihan Budiman ialah berusaha bersungguh-sungguh berlatih menggesek biola dengan Pak Wan Busu.

Antara perwatakan Budiman yang lain ialah mengamalkan nilai persahabatan/perpaduan. Hal ini dibuktikan Budiman bersahabat baik dengan Chong dan Chandra walaupun berlainan bangsa.

Huraikan binaan plot novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Binaan plot disusun mengikut urutan kronologi iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian.

Permulaan novel ini ialah Budiman tinggal di Rumah Bonda selepas kematian ibu bapanya. Di sini, dia berkawan dengan Chong dan Chanda.

Perkembangan novel ini ialah Budiman mencurigai kegiatan Pak Mat apabila pada suatu malam dia terserempak dengan Pak Mat membawa biola. Pada masa lain mereka juga terserempak dengan Pak Mat sedang memunggah barang dari stor Rumah Bonda ke dalam van.

Perumitan cerita bermula dengan Pak Mat bimbang rahsia beliau terbongkar sering mengugut dan mengasari Budiman dan rakan-rakannya. Budiman berazam untuk belajar menggesek biola.

Puncak kepada novel ini ialah Budiman memasuki pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Dia belajar dengan Pak Wan Busu dan Datin Siti Norbayu. Dia juga berusaha membongkar kegiatan Pak Mat yang memakan harta anak yatim.

Peleraían novel ini ialah Budiman berjaya dalam pertandingan itu dengan muncul sebagai juara seperti yang diingini oleh ayahnya. Pak Mat akhirnya ditangkap dan dipenjara kerana mengedar dadah.

Huraikan tiga teknik plot novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud.

Teknik plot yang digunakan ialah dialog. Dialog ialah percakapan dua atau lebih watak. Contoh teknik dialog dalam novel ini ialah percakapan Pak Jais dengan Budiman tentang anugerah yang akan diberikan kepada ayahnya oleh Sultan.

Teknik kedua yang digunakan ialah pemerian. Pemerian ialah pengarang bercerita secara langsung dalam memerihalkan sesuatu perkara dalam novel. Misalnya, pemerihalan watak Budiman yang berdada bidang, tinggi sederhana dan sebagainya.

Teknik ketiga ialah imbas kembali. Imbas kembali ialah mengingati peristiwayang telah berlalu. Dalam novel ini, Budiman mengingatkan semula kisah silam tentang kampung halaman rumahnya.

Teknik lain ialah teknik suspen. Suspen ialah membangkitkan perasaan ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku seterusnya. Contohnya, peristiwa yang akan terjadi kepada Pak Mat dan berjaya atau tidak Budiman menyertai pertandingan Bintang Biola selepas diugut oleh Pak Mat.

Huraikan gaya bahasa novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud.

Gaya bahasa yang gunakan dalam novel ini ialah penggunaan bahasa asing. Contohnya, bahasa Inggerís iaitu ‘homework’ dan ‘complain’, serta bahasa Jepun iaitu sakura no hana.

Penggunaan bahasa istana juga terdapat dalam novel ini. Misalnya, patik, pacal, tuanku, anugerah, dan bintang kebesaran.

Peribahasa juga digunakan dalam novel ini. Contohnya, tempat jatuh lagi dikenang, hangat-hangat tahi ayam, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga dan pasang telinga.

Senaraikan latar tempat novel yang anda kaki dan peristiwa yang berlaku.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud.

Latar tempat dalam novel ini ialah Rumah Bonda. Peristiwa yang berlaku ialah Budiman,Chong dan Chandra dibesarkan di sini. Di sini juga Pak Mat memunggah barangan untuk dimuatkan ke dalam van.

Latar tempat kedua ialah stesyen minyak. Di sini, Budiman bekerja sambilan sebagai jurupam manakala Chong dan Chandra membantunya.

Dewan Srikota juga latar tempat dalam novel ini. Di dewan inilah berlangsungnya Pertandingan Bintang Biola Kota Raya yang disertai oleh Budiman.

Latar tempat yang lain ialah rumah Pak Wan Busu. Di rumah inilah Budiman belajar menggesek biola.

Huraikan nilai-nilai yang anda peroleh setelah membaca novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud’.

Nilai yang saya peroleh setelah membaca novel ini ialah gigih. Novel ini menceritakan kegigihan Budiman dalam belajar menggesek biola sehingga berjaya menjadi juara Bintang Biola Kota Raya.

Saya juga dapat memperoleh nilai berdikari. Melalui novel ini, nilai berdikari ditonjolkan melalui watak Budiman yang bekerja sebagai jurupam di stesyen minyak.

Nilai keberanian juga saya peroleh setelah membaca novel ini. Keberanian Budiman menyiasat kegiatan Pak Mat dan menghadapi ugutannya terdapat dalam novel ini.

Seterusnya nilai bertanggungjawab/kasih sayang juga saya peroleh. Melalui watak Pak Jais dipaparkan beliau seorang yang bertanggungjawab/menyanyangi anak-anak yatim di Rumah Bonda.

Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh setelah membaca novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud.

Pengajaran yang saya peroleh ialah kita mestilah bersikap berdikari. Melalui novel ini, nilai berdikari ditonjolkan melalui watak Budiman yang bekerja sebagai jurupam di stesyen minyak.

Pengajaran kedua ialah kita mestilah mengamalkan nilai keberanian. Keberanian Budiman menyiasat kegiatan Pak Mat dan menghadapi ugutannya terdapat dalam novel ini.

Kita sewajarnya mengamalkan nilai bertanggungjawab / kasih sayang juga meruapakan pengajaran novel ini. Melalui watak Pak Jais dipaparkan beliau seorang yang bertanggungjawab/menyanyangi anak-anak yatim di Rumah Bonda.

*Perbandingan intrateks (dalam teks yang sama)
Bandingkan dua perwatakan watak utama dengan satu watak sampingan dalam satu novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari dan kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Watak yang saya akan bandingkan ialah watak utama, Budiman dengan satu watak sampingan, Pak Mat.

Perwatakan Budiman ialah bertanggungjawab/amanah manakala perwatakan Pak Mat ialah tidak bertanggungjawab/amanah. Hal ini dibuktikan oleh Budiman yang bertanggungjawab/amanah sebagai seorang anak dengan menunaikan wasiat ayahnya. Sebaliknya Pak Mat tidak amanah/bertanggungjawab kerana mencuri barang makanan anak yatim/makan rasuah.

Selain itu, perwatakan Budiman ialah seorang yang mengamalkan persaudaraan/perpaduan manakala Pak Mat seorang yang tidak mengamalkan nilai kasih sayang/baik hati. Melalui watak Budiman, beliau bersahabat baik dengan Chong dan Chandra, sebaliknya Pak Mat selalu mengugut dan mengasari Budiman dan Chong dan Chanda.

*Perbandingan interteks ( teks yang berbeza)
Bandingkan dua perwatakan watak utama dalam dua novel yang anda kaji.

Dua novel yang saya kaji dan akan bandingkan ialah Anak Din Biola (ADB) karya Maaruf Mahmud dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan (KCSP) karya Maznan Nordin.

Watak utama ADB ialah Budiman bin Budin manakala watak utama KCSP ialah Kanang anak Langkau.

Perwatakan Budiman ialah gigih/rajin manakala perwatakan Kanang ialah cinta kepada tanah air/semangat patriotik. Hal ini dapat dibuktikan dengan kesungguhan Budiman belajar menggesek biola dengan Pak Wan Busu dan Datin Siti Norbayu, sebaliknya Kanang mempunyai semangat patriotik kerana mempertahankan negara daripada ancaman musuh seperti dalam operasi Gerakan Setia.

Seterusnya, kedua-dua watak utama ini mempunyai sifat keberanian. Budiman dibuktikan berani kerana beliau menyiasat penyelewengan Pak Mat dan tidak takut ugutan/ancaman daripada beliau. Begitu juga dengan Kanang dibuktikan berani kerana tidak takut berhadapan dengan komunis dalam pertempuran.

Perwatakan Budiman juga seorang yang mengamalkan nilai berdikari. Dalam novel ADB, Budiman bekerja sambilan sebagai jurupam di stesyen minyak. Sebaliknya, Kanang seorang yang patuh kepada ketua. Dalam novel KCSP memperlihatkan Kanang seorang yang berdisiplin dan patuh kepada ketua dann selalu diberi pelepasan kawat kerana berpakaian rapi, berambut pendek dan kasut sentiasa berkilat.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.